Petikan Ucapan

...beliau memuji perwakilan pemuda kerana menunjukkan kematangan dalam pemilihan seorang pemimpin yang boleh memimpin dan dipimpin. Beliau mengucapkan terima kasih dan meminta para perwakilan memberi tepukan paling gemuroh kepada pesaingnya Sdr Rizal. Beliau menghargai nilai seorang sahabat sebagai kawan terpaksa mencari (berkempen) untuk menjadi pemimpin. Beliau tidak mahu perbalahan (semasa berkempen) sebagai satu sengketa yang boleh memburuk UMNO kerana katanya kita sayangkan parti. Beliau melahirkan keyakinan jika pemuda, puteri, wanita dan UMNO Bahagian bersatu, insyaAllah PRU14 UMNO/BN boleh memperolehi majoriti yang lebih besar. Janji pemuda katanya akan terus memberi kerjasama dan terus berkhidmat 24 jam demi parti yang kita agung-agungkan..

YB Tuan Hj. Nordin Ahmad

...beliau mengingatkan para perwakilan tentang perlunya penyatuan UMNO dalam mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara. Mengambil contoh peperangan zaman Rasulullah SAW di mana tentera Islam pernah kalah dalam peperangan dengan kaum Quraish bukan kerana kekuatan bala tentera sebaliknya kerana kita tidak bersatu. Katanya lagi tumbangnya sesuatu bangsa dan tamaddunnya bukan kerana orang lain sebaliknya kerana kegagalan bangsa itu mengurus masalahnya.

YB Sr. Muhammad Farid Saad

....biduk berlalu, kiambang bertaut. Beliau mahukan pertautan bukan hanya dari segi fizikal malahan pertautan dari segi roh UMNO atas landasan perjuangan 'alif ba ta'. Dengan penuh keikhlasan beliau telah melafazkan kalimah Bismillah menghulurkan tangan kepada Ketua Wanita dan AJKnya, Ketua Pemuda dan AJKnya, Ketua Puteri dan AJKnya serta seluruh ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Balik Pulau untuk bersama-sama berjuang memperkasakan orang-orang Melayu di Balik Pulau ini.

 

...beliau mengingatkan para perwakilan agar mendekatkan diri kita dengan Tuhan, insyaAllah katanya Allah akan berikan kita kuasa dan memerintah. Bagi menghormati orang lama UMNO pula, beliau turut mencadangkan agar orang lama dijemput dalam persidangan UMNO dengan diberi tempat pemerhati khas. Akhir sekali beliau mengucapkan tahniah kepada ketua puteri yang berjaya mempertahankan jawatan dengan pelbagai cabaran yang boleh mematangkan parti. Begitu juga beliau menasihatkan Ketua Pemuda supaya merapatkan kembali dengan rakan-rakan pemuda supaya parti UMNO lebih mantap.

Dato' Seri Dr. Hilmi Hj. Yahaya

 

...YB DS Hilmi melihatkan perhimpunan kali ini lebih kepada mod perpaduan. Tidak ada lagi hentam menghentam. Buang yang keruh ambil yang jernih. Selaku Ketua Bahagian beliau tidak mahu lagi ada team. Yang ada hanya team untuk UMNO Bahagian Balik Pulau. Beberapa kali Ketua Bahagian mengulangi "we are one" dalam ucapan penggulungannya.

Penafian

Copyright © 2018 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.