Politik Tempatan

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan ne­geri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Pulau Pinang kerana terus membiarkan beliau menunggu sehingga sembilan bulan untuk berbincang mengenai projek perumahan rakyat.

Zainal Abidin Osman
Menurut Zainal Abi­din, permohonan un­tuk berjumpa de­ngan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sudah dibuat beberapa kali dengan kali terakhir Oktober tahun lalu namun tidak dilayan sehingga kini.
Malah kata beliau, selain permohonan ras­mi untuk bertemu de­ngan Guan Eng, pihaknya secara berterusan juga menghantar surat 'peringatan mesra' dalam usaha bertemu Ketua Menteri berkenaan bagi membincangkan isu tersebut.
"Perlu diketahui permohonan itu dibuat atas kapasiti saya sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang iaitu agensi yang diamanahkan oleh kerajaan Persekutuan dan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bukannya atas kapasiti sebagai wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ne­geri, namun permohonan kita tetap ti­dak dilayan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Zainal Abdidin, permohonan untuk berjumpa dengan Guan Eng itu bagi membincangkan mengenai usaha membina rumah mampu milik di negeri ini yang merupakan keperluan semakin mendesak.
Kata beliau, pihaknya juga hanya memerlukan kelulusan pelan kebenaran merancang kerana sudah mempunyai tanah, modal dan pembeli untuk segera memulakan projek perumahan rakyat tersebut.
Rumah itu pula tambahnya, dirancang dibina sebanyak 9,500 unit di seluruh negeri ini termasuk di bahagian pulau membabitkan harga bermula daripada RM35,000, RM42,000 dan RM72,000 seunit.
Malangnya, ujar Zainal Abidin, kerajaan negeri Pulau Pinang seolah-olah sengaja melengah-le­ngahkan permohonan itu dengan menangguhkan mesyuarat mengenainya lebih 28 kali selain memberi pelbagai alasan untuk menolak permohonan tersebut.
"Lebih mengecewakan sehingga ke hari ini, kita tidak menerima walau sepucuk surat pun yang menyatakan mengapa permohonan kita itu ditolak, tetapi apabila kita minta mahu berjumpa mereka tolak," kata­nya.
Menurut Zainal Abidin, pihaknya akan terus menunggu jawapan daripada kerajaan negeri khususnya Guan Eng dalam menyelesaikan isu tersebut dan terpaksa bersabar memandangkan kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai kuasa sepenuhnya.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak berterusan mempermain-mainkan rakyat dalam isu itu memandangkan keperluan kepada rumah mampu milik di negeri ini ketika ini sangat kritikal.
"Jangan salahkan rakyat apabila kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat tidak berperikemanusiaan dan zalim sehingga sanggup mengabaikan keperluan mereka kerana kita sudah melakukan pelbagai cara untuk membantu penduduk negeri ini memiliki kediaman sendiri," katanya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa tidak memandang remeh kebimbangan orang Melayu dan umat Islam di negeri ini berhubung isu-isu yang membabitkan kepentingan kumpulan masyarakat tersebut.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara seperti penyediaan peruntukan yang hampir sama bagi tujuan pembangunan dan pengembangan agama-agama lain, selain agama Islam di negeri ini menimbulkan persoalan dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam.

Menurut beliau, kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh mengambil langkah selamat dengan hanya menafikan dakwaan itu, apatah lagi perkara tersebut turut dibangkitkan pihak-pihak yang mempunyai integriti serta daripada sumber berkredibiliti.

"Kebimbangan ini sebenarnya bukan baharu dibangkitkan, tetapi telah mula disuarakan sejak kerajaan negeri Pulau Pinang beralih tampuk pemerintahan.

"Kita boleh memahami penjelasan kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberikan butiran tentang peruntukan terhadap pembangunan dan pengembangan agama Islam. Tetapi dalam masa sama, mereka juga perlu mendedahkan berapa banyak pula peruntukan bagi pembangunan dan pengembangan agama lain di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin serta ahli-ahli Perkasa Wilayah Utara di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad membangkitkan kebimbangan beliau berhubung masalah yang dihadapi umat Islam di negeri ini, antaranya kesukaran mendapatkan peruntukan untuk aktiviti agama Islam seperti didedahkan bekas mufti negeri kepada beliau.

Malah, menurut Abdul Hamid, bekas mufti negeri itu turut memaklumkan terdapat satu kejadian ketika perasmian sebuah bangunan di negeri itu yang disempurnakan Timbalan Ketua Menterinya yang doanya dibacakan tiga pemimpin agama berbeza iaitu paderi Kristian, sami Hindu dan imam Masjid Negeri.

Walau bagaimanapun, pendedahan Abdul Hamid itu disanggah kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberikan butiran tentang peruntukan bagi tujuan pengembangan dan pembangunan Islam di negeri ini, namun tidak membandingkannya dengan butiran bagi agama-agama lain bagi tujuan sama.

Dalam pada itu, Ibrahim turut menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang lebih bersikap adil dalam menjalankan penguatkuasaan terutama membabitkan peniaga kecil-kecilan dalam kalangan orang Melayu di negeri ini.

Katanya, Perkasa negeri kerap menerima aduan daripada golongan itu yang berasa seolah-olah sering menjadi sasaran penguatkuasaan kerajaan negeri dengan pelbagai jenis kesalahan dan kompaun.

Namun, tambah beliau, tindakan serupa tidak diambil terhadap peniaga bukan Melayu yang turut melakukan kesalahan sama, antaranya sehingga menutup jalan.

Tanpa alasan kukuh, Ketua Menteri, Lim Guan Eng tiba-tiba mengumumkan tarif air di negeri ini akan dinaikkan sekali lagi pada masa depan. Berapa peratus kadar kenaikan itu belum dimuktamadkan kerana masih di peringkat kajian oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). PBAPP yang Guan Eng menjadi pengerusinya adalah pihak bertanggungjawab menyuarakan cadangan kenaikan tersebut.
 
Tidak ada exco kerajaan negeri yang membantah. Tidak ada wakil-wakil rakyat dari PAS dan PKR yang berani bersuara. Semuanya takut kerana mereka hanya menumpang nasib atas belas ehsan kerajaan DAP. Biar rakyat susah tetapi kami masih ada jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan MPPP dan MPSP.
 
 
Pelan-pelan rakyat Pulau Pinang ditipu. Kebajikan rakyat semakin lama semakin diabaikan oleh kerajaan DAP. Rumah kos rendah di Pulau Pinang hanya sekadar impian yang tidak akan jadi kenyataan. Terus terang cakap, Guan Eng mahu semua orang Melayu keluar dari bahagian pulau, Pulau Pinang. Tiada lagi rumah kos rendah dibina. Majoriti orang Melayu tidak mampu beli rumah harganya RM450k hingga RM1juta. Sudah pasti dalam tempoh terdekat ini, orang Melayu kena beralih ke kawasan-kawasan seberang tanah besar. Tinggallah rumah-rumah tradisional milik orang tua yang tidak lama juga akan dirobohkan.
 

PULAU BETONG 6 Jan.- Petang ini bersama rakan jurufoto dari RTM dan akhbar The Star membuat tinjuan keaktifan Pukat Rimau yg berleluasa mencerobohi dikawasan kurang dari 5 batu nautica sejak minggu lalu diperairan Balik Pulau. Masyarakat nelayan marah kpd Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia kerana gagal memantau dan mencegah.

Kemarahan mereka sehingga mencadangkan agar APMM ditutup sahaja. Masyarakat nelayan tidak mampu menyekat kemasukan pukat rimau. Kalau tidak APMM, siapa lagi yg boleh mereka harapkan. Sesungguhnya kemarahan mereka berasas

BALIK PULAU 24 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang dilihat cuba mempolitikkan isu perobohan gerai peniaga di Teluk Bahang dekat sini baru-baru ini.

Beliau turut mempersoal tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang seolah-olah cuba menyalahkan pasukan keselamatan ekoran insiden seorang pegawai kerajaan negeri cedera dalam kekecohan sewaktu tindakan perobohan gerai itu dilakukan.

Menurut Shah Headan Ayoob, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah cuba mengalih isu sebenar iaitu mengenai nasib dan masa depan peniaga di kawasan tersebut yang dihalau tanpa sebarang jaminan.

Tambahnya, kerajaan negeri juga tidak memberi maklumat jelas mengenai arahan pengosongan gerai itu yang kononnya hanya melibatkan 14 gerai yang tidak lagi diusahakan.

"Tetapi apa yang menimbulkan kehairanan, kenapa kesemua iaitu kira-kira 40 peniaga menerima arahan pengosongan itu jika yang mahu dirobohkan hanya sebanyak 14 gerai?

"Malah, peniaga ini juga tidak pasti mengenai gerai yang dikatakan tidak lagi diusahakan kerana majoriti gerai di situ menjalankan urus niaga seperti biasa sehingga kini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahad lalu, kekecohan berlaku di Teluk Bahang selepas kumpulan peniaga di kawasan itu serta penduduk sekitar dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghalang tindakan penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya (PDTBD) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada meroboh gerai mereka.

Penafian

Copyright © 2017 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.