Politik Pembangkang

Sekali lagi kepimpinan PKR buat hal. Jika dulu Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh kerana memberi laluan kepada suaminya sendiri. Semua rakyat seluruh negara masih ingat lagi. Berjuta ringgit wang rakyat dihabiskan untuk satu pilihanraya yang sengaja diadakan oleh PKR. Pilihanraya kecil di Permatang Pauh diadakan kerana Anwar mahu dijadikan wakil rakyat dan ketua pembangkang di Parlimen.

PULAU PINANG 21 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang harus tampil menyelesaikan kemelut berhubung tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi pada minggu lalu.

JOHOR BAHRU, 16 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) hari ini melahirkan rasa dukacita dan membantah keras di atas tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi yang telah mengarahkan seorang guru Islam supaya membuka tudung ketika mengajar selain memberi ancaman keselamatan terhadap guru tersebut.

Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, Pemuda UMNO juga merasa amat kesal dengan sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.

“Sehubungan dengan itu, kita berpendapat bahawa hak seorang Islam untuk mengamalkan ajaran Islam telah dicabuli selain seolah-olah tidak menghormati Agama Islam sebagai agama Rasmi Negara. Tindakan tersebut juga telah membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya penganut agama Islam di negeri Johor.

“Untuk itu, saya mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap guru besar sekolah tersebut sesuai dengan peruntukan undang-undang sedi ada bagi memastikan kes seumpama ini demi tidak berulang lagi.

“Kita difahamkan bahawa guru tersebut telah membuat laporan polis di IPD Kota Tinggi. Dengan ini PPUNJ juga mendesak pihak polis agar dapat memulakan siasatan segera dan membawa ahli Jemaah Pengurus Sekolah tersebut ke muka pengadilan berdasarkan peruntukan sedia ada di dalam Kanun Keseksaan memandangkan terdapat unsur-unsur ancaman ke atas keselamatan diri guru Islam tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

{AF}Ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Anwar terbaru Anwar berhubung isu pengundi hantu seramai 40,000 orang yang diterbangkan khas dari Bangladesh bagi membantu parti Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Setelah gagal memberikan bukti yang sahih terhadap dakwaan tersebut, Anwar akhirnya terpaksa ‘pusing 180 darjah’ dengan mengatakan ia adalah manipulasi penulis Umno.

Anwar juga dilaporkan berkata, bahawa pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.

Terlampau banyak campur tangan daripada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pusat antara faktor utama pemimpin daripada 11 cabang parti itu di Sabah bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Jelani Hamdan berkata, tindakan itu bertentangan dengan kuasa autonomi yang dijanjikan kepada kepimpinan negeri termasuk dalam soal pelantikan ketua pembangkang dan jawatankuasa majlis pimpinan negeri parti itu.

Penafian

Copyright © 2018 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.