Politik Pembangkang

Kenyataan 13 fakta kekuatan Pas dalam pakatan pembangkang kini tersebar luas dalam laman media sosial dan juga kumpulan-kumpulan WhatsApp.

 

Difahamkan, penyebaran fakta-fakta berkenaan adalah ekoran hubungan antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin meruncing berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Fakta-fakta itu juga merupakan mesej bahawa Pas paling layak mengetuai pakatan pembangkang dan bukannya PKR atau DAP.

 

Berikut adalah kenyataan yang tersebar;

FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan adalah Pas.

 

FAKTA - Sejarah penubuhan pakatan pembangkang tidak akan berjaya jika Pas tidak terlibat. Ahli dan penyokong Pas yang membuatkan pakatan nampak ramai dan kuat.

 

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong di awal penubuhan pakatan. Tanpa Pas, parti Lim Kit Siang anak beranak tidak bernyawa.

 

FAKTA - Hasil bantuan Pas, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa Pas sudah pasti DAP tumbang kepada MCA dan Gerakan.

 

FAKTA - Pas merupakan tunjang kekuatan pakatan pembangkang kerana ahli dan penyokongnya adalah hardcore dalam memastikan pakatan terus relevan.

 

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling lemah di dalam pakatan pembangkang kerana mempunyai ahli yang sedikit.

 

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara Pas vs PKR, kemenangan akan memihak kepada Pas di semua kerusi majoriti Melayu.

 

FAKTA - Ahli dan penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang daripada UMNO, MIC, MCA, Gerakan kerana pelbagai masalah.

 

FAKTA - PKR mengetuai setiap demonstrasi yang diadakan pakatan pembangkang namun tanpa penyertaan ahli Pas, demonstrasi PKR tidak akan mendapat sambutan

 

FAKTA - Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng (bukan Islam) tidak layak. Datuk Seri Anwar Ibrahim masalah moral (kes liwat) tidak layak. Datuk Seri Abdul Hadi Awang paling layak ketuai pakatan pembangkang. Suara Pas lebih ramai dalam pakatan.

 

FAKTA - Sedarlah wahai ahli dan penyokong Pas, tanpa kamu pakatan pembangkang tidak punya apa-apa. Apatah lagi nak harapkan PKR.

 

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan Pas. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong Pas terajui pakatan pembangkang kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

 

FAKTA - Ahli dan penyokong serta kepimpinan Pas, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP dan PKR atau ketuai pakatan.

KUALA LUMPUR 26 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa berhenti ‘merosakkan’ kerajaan negeri Selangor sedia ada apabila berusaha menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

MARANG 25 Julai - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.


 

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat. - BERNAMA

 

 

PETALING JAYA 22 Julai - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Ismail diumumkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.


Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu hanya mencadangkan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan itu kepada Pakatan Rakyat memandangkan beliau dianggap sebagai pemimpin yang paling sesuai untuk membawa kestabilan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Selangor.

Menurut Anwar dalam mesyuarat pimpinan PKR di sini yang berakhir awal pagi ini, Azizah yang juga isterinya dapat menyelesaikan pelbagai isu yang melanda negeri ini seperti masalah bekalan air mentah, isu infrastruktur asas seperti sampah dan lain-lain di negeri itu.

Anwar berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang akan mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk mendapatkan persetujuan mereka. - UTUSAN ONLINE

 

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sewajarnya dipecat daripada parti itu kerana melaksanakan 'Langkah Kajang' yang menjadi punca perbalahan dan kemelut dalaman PKR. Ahli PKR cabang Subang, Mohd. Shahril Panjang Rani berkata, Langkah Kajang telah mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara pengikut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. "Kita meminta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat Rafizi dari jawatan Pengarah Strategi dan ambil tindakan disiplin terhadap beliau. "Strategi Rafizi hanya merosakkan imej dan perpaduan dalam parti, Rafizi wajar dihukum kerana telah merosakkan parti dengan strategi putar belit beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Mohd. Shahril, Langkah Kajang yang dicipta oleh Rafizi bersama Abdul Rahim Ghouse merupakan bencana politik kepada PKR dan pengkhianatan terhadap parti. "Kita mahu Datin Seri Wan Azizah, selaku Presiden PKR dengar dan bertindak atas suara akar umbi parti PKR, jangan pula mahu pecat ahli-ahli yang bersuara untuk selamatkan parti. "Kita semua sayangkan parti, jangan pecat kita jika bercakap benar, jika mahu pecat ahli-ahli yang bersuara demi untuk kebaikan parti, maka di mana keadilan yang diuar-uarkan," katanya. 

 

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

Penafian

Copyright © 2018 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.