Politik Pembangkang

Pas Terengganu menyambut baik cadangan pucuk pimpinan parti itu yang menyatakan kesediaan menjalin kerjasama dengan UMNO bagi menegakkan syiar Islam dan demi kepentingan umat Islam di negara ini.

 

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Terengganu, Dr. Alias Razak bagaimanapun berkata, kerjasama berkenaan hanya tertumpu kepada program yang melibatkan umat Islam dan tidak melibatkan kerjasama dalam hal politik.

 

“Untuk kebaikan rakyat, program kemasyarakatan, meninggikan syiar Islam, maka kita bolehlah adakan kerjasama dengan mereka (UMNO),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu berhak menjalin kerjasama dengan UMNO selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi membangunkan syiar Islam dan bukan atas kepentingan politik.

 

Sumber: Utusan Malaysia Online 24 Feb 2016

APABILA ada yang menguar-uarkan Lim Guan Eng patut digantikan dengan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ramai tergelak besar.

Lim Guan Eng

Layakkah Kon Yeow? Bukankah dia juga bukan anak tempatan. Kon Yeow juga sama dengan Guan Eng, berasal dari luar Pulau Pinang iaitu Selangor. Cuma jangka masa dia bermastautin di Pulau Pinang lebih lama iaitu sejak 1986 berbanding Guan Eng yang tampil pada 2008, selepas

 

DAP sebenarnya mengalahkan MCA dan Gerakan (bukannya UMNO) dalam pilihan raya umum di negeri itu.

Kon Yeow mungkin terpaksa memberi laluan kepada Guan Eng pada 2008 sebagai menghormati keputusan Majlis Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

 

Namun, seingat penulis yang membuat liputan sejarah tumbangnya Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 tempoh hari, Guan Eng sememangnya ‘dominan’ ketika dia disertai bapanya, Lim Kit Siang meraikan kemenangan itu di sebuah bangunan di Georgetown pada dini hari 9 Mac 2008.

 

Lebih 50 wartawan dan jurugambar akhbar-akhbar Cina berkumpul waktu itu. Kesemuanya bersorak dan saling berpelukan dengan kepemimpinan DAP meraikan kemenangan tersebut.

 

Bagi penulis, usahlah Kon Yeow menanam impian menggunung atau menunggu bulan jatuh ke riba untuk menduduki jawatan nombor satu di Pulau Pinang itu.

Sebabnya di Selangor begitu juga. Dalam pemilihan DAP Sela­ngor, Tony Pua menduduki tempat ke-11, tetapi ‘dianugerahkan’ jawatan pengerusi DAP negeri walaupun Gobind Singh Deo meraih undi ter­tinggi.

 

Hakikatnya, bukan sahaja Kon Yeow atau Gobind senasib atau mungkin ‘kempunan’ untuk mera­ih kedudukan tinggi dalam DAP, orang Melayu demikian juga.

Kalau disemak dalam pemilihan 15 ahli jawatankuasa DAP Selangor baru-baru ini, tidak ada seorang Melayu pun yang menang dalam pemilihan berkenaan.

Kalau ada pun, me­raih jawatan selepas itu melalui pelantikan.

 

Penyertaan orang Me­layu atau pemimpin Melayu dalam DAP penuh ranjau berduri. Kalau boleh dikaji senarai kepemimpinan Pusat parti itu, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat hanya mempunyai satu dua wakil sahaja. Adakah Bumiputera Sabah dan Sarawak diwakili?

 

Meskipun dikatakan DAP Melayu sudah bertapak bagi suatu tempoh yang agak lama sejak 1969 yang mana dalam catatan sejarah, Melayu DAP pernah memenangi satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri, namun kedudukan Melayu dalam parti pimpinan Kit Siang itu penuh dilema.

 

Barangkali yang masih diingati pemimpin Melayu dalam DAP ialah Allahyarham Ahmad Nor yang memenangi kerusi Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1990. Itu pun populariti beliau diwarnai penglibatan aktif­nya dalam sebuah kesatuan sekerja.

Kon Yeow usah bermimpi di siang hari.

 

Sumber: Utusan Online 2 Dis 2016

 

Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus menerima tekanan dari­pada ahli parti sendiri yang mencadangkan supaya jawatan Ketua Menteri disandang Pengerusi DAP negeri yang dipilih dalam pro­ses pemilihan parti.

Ahli DAP Kawasan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan Jawatankuasa Negeri seharusnya mensyaratkan jawatan Ketua Menteri diberikan kepada Pengerusi DAP negeri.

“Ini adalah penting kerana mandat untuk menerajui kerajaan ne­geri mesti diberikan kepada seorang kepemimpinan yang telah diberi kepercayaan oleh akar umbi,” katanya dalam Konvensyen DAP negeri di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya sebelum ini menerima tekanan hebat daripada penduduk negeri ini yang mahukan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow menjadi Ketua Menteri.

Malah sebelum bermulanya Konvensyen DAP negeri pagi ini, sekumpulan 20 penduduk mengadakan demonstrasi aman di hadapan hotel tempat berlangsungnya konvensyen berkenaan yang menuntut Kon Yeow dilantik sebagai Ketua Menteri.

Protes sama juga berlaku di hadapan bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam selepas kira-kira 40 penduduk membawa sepanduk tertera perkataan seperti Guan Eng balik Melaka dan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Shamsher Singh yang juga peguam turut mengkritik proses lantikan jawatan dalam DAP negeri yang tidak memilih calon dengan undian tertinggi sebagai Pengerusi.

Beliau mengambil contoh pemilihan DAP Selangor yang mana Tony Pua dilantik sebagai Pengerusi DAP negeri itu sedangkan menduduki tangga kelapan berbanding Gobind Singh Deo yang mendapat undi tertinggi.

“Sistem pemilihan ahli-ahli jawatankuasa negeri harus diubah kerana tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada akar umbi untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka seperti yang dilakukan semasa pemilihan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY),” katanya.

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan bagaimana DAP masih boleh bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dalam kerajaan pembangkang di Selangor sedangkan kedua-dua parti sudah tidak lagi mempunyai hubungan.

“Bukan itu sahaja, tiga Exco kerajaan negeri Selangor juga daripada Pas. Kenapa DAP masih mahu meniduri Pas setelah bercerai dengannya?” katanya.

Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan DAP negeri mengkritik keputusan ADUN kerajaan negeri menyokong usul tambak laut yang dibawa ADUN Barisan Nasional (BN) dalam sidang DUN lalu.

Menurutnya, adalah menghairankan DAP boleh mengkritik sokongan ADUN kerajaan negeri itu sedangkan dalam masa sama mahu wakil Ahli Parlimen BN menyokong usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Malah, beliau turut mempersoalkan jika menjadi tugas ADUN pembangkang untuk menolak semua usul BN, mengapa tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang menolak Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 untuk menaikkan gaji bulanan Ahli Parlimen.

 

Sumber: Utusan Online

 

MUNGKIN buat pertama kalinya dalam sejarah sejak kerajaan negeri dikuasai oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP, ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menangis di sidang DUN.

 

Wakil rakyat itu menangis bukan kerana kehilangan jawatan tetapi kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mempedulikan masalah di kawasan diwakilinya. Itulah yang berlaku kepada ADUN Penanti Norlela Ariffin.

Apa yang menarik Norlela bukanlah ADUN Barisan Nasional (BN) tetapi daripada sekutu paling rapat DAP iaitu PKR. Tetapi ternyata beliau seolah-olah dilayan secara tidak adil apabila kerajaan DAP Pulau Pinang seperti mana didakwa oleh Norlela 'mengabaikan kawasannya’.

Pas Pulau Pinang hari ini membuat keputusan memberhentikan 783 ahlinya daripada menganggotai Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

 

Pesuruhjaya Pas negeri, Fauzi Mohd Yusof mengumumkan demikian dalam sidang akhbar di Markas Pas Pongsu Seribu dekat sini.

 

Penafian

Copyright © 2018 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.