Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Terengganu, Dr. Alias Razak bagaimanapun berkata, kerjasama berkenaan hanya tertumpu kepada program yang melibatkan umat Islam dan tidak melibatkan kerjasama dalam hal politik.

 

“Untuk kebaikan rakyat, program kemasyarakatan, meninggikan syiar Islam, maka kita bolehlah adakan kerjasama dengan mereka (UMNO),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu berhak menjalin kerjasama dengan UMNO selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi membangunkan syiar Islam dan bukan atas kepentingan politik.