Berita Terkini

Cawangan UMNO Telok Kumbar telah siap

 

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kebajikan UMNO Bahagian Balik Pulau pada 29 Disember 2014 telah bersetuju untuk menggerakkan usaha mengumpul barang-barang makanan dan pakaian untuk keperluan mangsa banjir. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan sama ada berbentuk barangan makanan (sardin, biskut, susu formula, beras, tepong, gula, air mineral, serbuk kopi, teh, garam, mee, bihun segera dan lain-lain keperluan barang-barang bukan makanan seperti pakaian kain telekung, sejadah, tuala wanita, selimut, pampers, lilin dan lain-lain.


Untuk memudahkan pembungkusan dan perlabelan adalah dicadangkan barang makanan dihantar ke Dataran Tok Sudin Sungai Korok manakala barang-barang bukan makanan seperti pakaian boleh dihantar kepada Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas dan Pusat Khidmat Telok Bahang.

 

Semua petugas telah bersedia menerima sumbangan daripada orang ramai mulai hari ini sehingga 3 Januari 2015. Difahamkan Misi Bantuan Kemanusiaan UMNO Bahagian Balik Pulau akan membuat penyerahan kepada YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan secepat yang mungkin.

 

 

Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri banyak isu politik yang umum mengetahui. Isu MB Selangor sudah sampai ke peringkat yang begitu kritikal. Banyak pihak mengatakan bahawa isu MB Selangor lebih dahsyat hebatnya daripada isu peralihan pemerintahan di Perak.

 

Biarlah Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah itu. UMNO jangan terlibat dengan masalah mereka. Bimbang nanti UMNO dituduh sebagai puncanya. Sudah ada pun secara nakal menuduh UMNO yang menyokong TS Khalid sebagai MB Selangor tanpa syarat menjadi puncanya. Tapi lebih baik kita melihat lebih dekat dengan masalah kita. Masalah parti kita di mana-mana sedang sibuk dengan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian termasuklah Wanita, Pemuda dan Puteri. 

 

Mengapa Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Perwakilan UMNO diadakan? Sepertimana pertubuhan-pertubuhan lain, mesyuarat agung wajib diadakan seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan pertubuhan. Mungkin sesetengah pihak beranggapan bahawa mesyuarat agung tempat meluahkan perasaan dan geram, menabur fitnah, mengutuk dan mencerca. Bagi sesetangah pihak pula akan menggunakan mesyuarat agung untuk memberi pandangan dan mengkritik secara yang berhemah demi untuk kebaikan ahli dan pertubuhan.

 

Umumnya kita mengetahui bahawa UMNO perlu membina kekuatan bagi menghadapi PRU14 yang kian hampir. Bagaimana kita dapat membina kekuatan sekiranya antara kita masih ada sifat berdendam dan hentam menghentam antara satu sama lain? Kita akan semakin lemah dan terus lemah jika setiap kali mesyuarat agung, kita membangkitkan perkara-perkara atau isu-isu yang merugikan kita. Berfikirlah sebelum bercakap. Jangan sampai kata pepatah Melayu, "terlajak perahu boleh berundur tapi terlajak cakap buruk padahnya".

 

Sepatutnya kita bertanya kepada diri kita sendiri, apa yang telah aku lakukan semenjak setahun yang lalu? Mesyuarat Agung datang lagi, apakah aku telah menunaikan janji-janji aku kepada parti dan ahli parti? Dalam mesyuarat agung yang lalu, aku berdiri dengan megah dan bergaya dan dalam ucapan aku itu aku berjanji untuk menyatukan ahli parti. Aku akan mengajak setiap ahli parti untuk bersama-sama bantu membantu setiap program yang dianjurkan oleh parti kesayangan kita. Jika ahli bersatu, parti akan kuat. InsyaAllah calon BN akan menang dalam PRU yang akan datang.

 

Oleh itu dalam mesyuarat agung kali ini aku berhasrat untuk mengukuhkan lagi parti aku. Lebih banyak program yang aku akan anjurkan selepas ini. Aku tidak kisah apa yang orang kata. Yang penting aku mampu melaksanakan aktiviti untuk faedah masyarakat dan parti dalam jangka pendek mahupun dalam jangka panjang. Jika pembangkang mampu dan boleh melaksanakan program? Mengapa pula aku tidak? Jadikan mereka sebagai pesaing yang sihat yang boleh memotivasikan kita untuk terus berusaha dan bekerja untuk kepentingan parti.

 

Gunakan ruang dan peluang dalam mesyuarat agung ini untuk membetulkan yang salah dan bukan untuk menyalahkan yang betul.  Gunakanlah mesyuarat agung ini untuk mengukuhkan perpaduan dan bukan tempat mengwujudkan perpecahan antara ahli parti. Ingatlah setiap ucapan kita dalam setiap kali mesyuarat agung akan didengar, diingati dan dinilai. Jangan sampai ada ahli parti mendakwa kita "bercakap tak serupa bikin". 

 

Dalam mesyuarat agung atau perwakilan UMNO yang sedang dan akan berlangsung, harapan setiap ahli UMNO mahukan para perwakilan dan pemimpin UMNO dapat memberi ucapan yang bernas dan konstruktif. Elakkan menyentuh hal-hal yang boleh memecahkan perpaduan dalam parti sebaliknya mencadangkan kaedah yang boleh menguatkan parti. Kritikan yang membina dialu-alukan demi untuk kepentingan parti. Jauhkan dari kita memburuk-burukan kawan dan rakan kerana itu tidak memberi faedah kepada parti. Tunjukkan keikhlasan dan kejujuran kita dan buktikan melalui tindakan dan perbuatan. Jadikan mesyuarat sebagai tempat melahirkan idea-idea baru, berbincang menyelesaikan masalah parti,  dan sebaik-baiknya mesyuarat agung boleh merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli parti. Wallahu alam.

 

Salam 2 all.

Saya perturunkan dibawah komen seorang waris dan ahli keluarga mangsa tragedi pesawat MH017 mengenai tohmahan seorang pemimpin pembangkang yang mempersoalkan MAS dalam tragedi itu.
 
Saya boleh bayangkan kekecewaan waris tersebut melalui gaya bahasa dan ayat yang beliau gunakan untuk memberi mesej jelas kepada pembangkang yang tidak ada kerja lain melainkan cuba mempolitikkan tragedi ini untuk kepentingan politik sempit mereka.

Pas hanya menjadi pengikut telunjuk rakan-rakan komponen pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat langsung tidak memberi peluang kepada parti itu untuk membuat keputusan sendiri.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, DAP dan PKR tidak memberi ruang kepada Pas untuk menentukan sendiri hak kebebasan bersuara mereka berdasarkan isu berbangkit iaitu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

"DAP benar-benar tunjuk belang dan langsung tidak ada sedikit pun hormat kepada Pas. Kenyataan-kenyataan Anthony Loke, Tony Pua dan komen-komen daripada tentera siber pembangkang, Red Bean Army (RBA), jelas pada mereka Pas ini tempat mereka 'sapu kaki.'

"Ahli Pas ada hak kebebasan bersuara juga. DAP mahu Pas ikut apa saja telunjuk mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas hubungan pakatan pembangkang itu yang semakin meruncing apabila Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang membuat analisis mengenai senario yang mungkin dihadapi Pas di Selangor jika meninggalkan pakatan pembangkang baru-baru ini.

LEMBU punya susu, sapi dapat nama. Itu yang boleh digambarkan dengan tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam meluluskan pengecualian permohonan kebenaran merancang bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat oleh Kerajaan Pusat di Seberang Perai Tengah kelmarin.

Kelulusan itu rupa-rupanya hadir bersyarat yang mana Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu dijemput ke majlis perasmiannya.

Tidak cukup dengan itu, Guan Eng juga perlu dijemput menghadiri majlis pecah tanah dan penyerahan kunci kepada pemilik lot-lot kediaman Rumah Mesra Rakyat itu kelak.

Kesemua 'permintaan' itu tertera dalam surat Jabatan Perancang Bandar dan Desa Pulau Pinang kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti diedarkan kepada media semalam.

Dari satu sudut, tidak boleh dinafikan Kerajaan DAP Pulau Pinang turut membantu kelancaran projek rumah mampu milik itu dengan memberi kebenaran pembinaannya di negeri ini.

Namun, untuk memasukkan syarat-syarat seperti yang disebut menimbulkan persoalan sama ada Kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar ikhlas dalam menawarkan kerjasama seperti dimaksudkan.

Apa pula signifikannya untuk Guan Eng membuat permintaan sedemikian? Adakah kerana mahu menumpang nama daripada projek-projek untuk rakyat yang dibuat Kerajaan Pusat?

Hakikat itu mungkin ada kebenarannya kerana selepas enam tahun mengambil alih pentadbiran negeri ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat langsung tidak berminat atau berhasrat menyediakan rumah kos rumah murah dan sederhana kepada penduduk negeri ini.

Apa yang dapat diperhatikan adalah keghairahan kerajaan negeri menukar landskap pembangunan negeri ini dengan pelbagai projek perumahan mewah yang hanya mampu dibeli sekelompok kecil penduduk negeri ini serta warga asing.

Situasi itu lebih ketara di bahagian pulau yang mana ketika ini berpuluh-puluh projek komersial bertaraf lima hingga tujuh bintang termasuk yang memerlukan penambakan laut sedang menanti giliran untuk dibangunkan.

Projek-projek perumahan kos rendah dan mampu milik pula boleh dibilang dengan jari sedangkan majoriti penduduk negeri ini daripada kumpulan tersebut masih belum memiliki kediaman sendiri.

Barangkali dalam situasi ini kerajaan negeri tidak boleh dipersalahkan kerana seperti yang kita sedia maklum, takrifan rumah kos rendah dan sederhana bagi mereka adalah serendah RM400,000.

Maka, pendekatan terbaik untuk Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu menonjolkan diri kononnya turut membantu menyediakan rumah kos rendah adalah dengan menumpang projek Kerajaan Pusat.

Itulah sebabnya barangkali syarat sedemikian dimasukkan dalam surat kelulusan tersebut.

Sepatutnya jika benar-benar merupakan kerajaan negeri prihatin seperti yang dicanang selama ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang berusaha sendiri menyediakan rumah kos rendah dan sederhana kepada penduduk.

Bukannya dengan menempel terhadap Kerajaan Pusat dan memperlihat seolah-olah usaha itu digerakkan mereka.

Sesuatu yang pasti, kehadiran Guan Eng dalam majlis perasmian projek itu kelak tidak akan merubah hakikat projek tersebut tetap projek milik Kerajaan Pusat.

Kehadiran beliau juga tidak akan menafikan situasi sebenar mengenai keghairahan Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi keutamaan kepada pemaju-pemaju berbanding penduduk negeri ini sendiri.

Nasihat kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang, jika mahu mendapat nama sekali pun, biarlah atas usaha sendiri.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya tidak mempunyai alasan kukuh untuk mengelak daripada tanggungjawab sebenar menyediakan rumah mampu milik kepada golongan memerlukan.

Projek perumahan rakyat di Seberang Perai Tengah oleh Kerajaan Pusat itu sendiri adalah bukti sekiranya ada kemahuan, rumah mampu milik tersebut boleh dibangunkan.

Maka, apa lagi alasan yang mahu dikemukakan Kerajaan DAP Pulau Pinang?

Dalam masa sama, tidakkah Kerajaan DAP Pulau Pinang berasa malu kerana masih mahu menumpang usaha Kerajaan Pusat sedangkan dalam masa sama berterusan menafikan usaha-usaha pembangunan lain yang dilakukan kerajaan selama ini?

Penafian

Copyright © 2018 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.