Berita Terkini

 

 

 

BALIK PULAU 19 Jan. - Perarakan Maulid Rasul Peringkat Parlimen Balik Pulau dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, DUN Teluk Bahang, DUN Pulau Betong serta Pusat Khidmat Parlimen. Disertai oleh agensi-agensi kerajaan, sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan sukarela bukan kerajaan di kawasan daerah Barat Daya. Semua kontinjen yang mengambil bahagian telah memulakan perjalanan dari padang SMK Seri Balik Pulau ke perkarangan Masjid Daerah Barat Daya.
Difahamkan sejumlah 53 buah kontinjen yang telah mengambil bahagian dalam perarakan itu yang diadakan pada 18 Januari 2014 bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Slot ceramah agama telah diadakan sebelum penyampaian hadiah kepada kontinjen-kontinjen terbaik. Majoriti peserta yang ditemui melaporkan rasa gembira dan bangga dengan sambutan Maulid Rasul pada tahun ini. Antara pemimpin UMNO yang hadir ialah Pengerusi Sambutan Maulid Rasul, YB Muhammad Farid Saad dan ADUN Bayan Lepas, YB Hj. Nordin Ahmad.

Sumber: UMSUBP - Hasnah, Salleh & Aishah.

BALIK PULAU 18 Jan. - Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kali Kedua telah diadakan pada 17 Januari 2014 Jam 8.30 malam di Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Balik Pulau. YB DS Dr. Hj. Hilmi Hj. Yahya mempengerusi mesyuarat tersebut dari awal hingga ditangguhkan pada jam 11.15 malam. Turut hadir mesyuarat Naib Ketua Bahagian, Datuk Shah Headan dan Ketua Penerangan, YB Hj. Nordin Ahmad.

Dalam mesyuarat itu, DS Hilmi mengingatkan semua Pengerusi Biro membuat perlantikan ahli jawatankuasa masing-masing. Di samping itu beliau menasihatkan Pengerusi-Pengerusi Biro juga melantik ahli jawatankuasa di kalangan AJK Bahagian yang ada.

Semua ahli mesyuarat telah memberi respon yang baik dengan mengutarakan pandangan / cadangan yang menjurus ke arah usaha UMNO memahami masalah dan menjiwai hati rakyat. Pengerusi Biro Media Sosial mengambil kesempatan memaklumkan bahawa Biro Media Sosial telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 10 Januari 2014. Ahli mesyuarat Biro Media Sosial telah bersetuju dengan perancangan tahunan yang telah dibentangkan oleh Pengerusi.

Pengerusi Biro Media juga memaklumkan bahawa Laman Web rasmi UMNO Bahagian Balik Pulau boleh diakses mulai 17 Januari 2014. Antara aktiviti Biro Media Sosial ialah mengadakan Bengkel/Seminar Pengenalan Media Sosial dalam bulan April 2014 dengan kerjasama Biro Penerangan Bahagian. Kumpulan sasaran seminar/bengkel itu ialah semua AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri. 

Sebelum mesyuarat semua ahli mesyuarat telah dihidangkan dengan jamuan makan malam di Rumah Makan Rozaifa, Simpang Empat, Balik Pulau.

 

Foto: UMSUBP - Saleh Hassan

Penafian

Copyright © 2018 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.