Berita Terkini

Sudah heboh satu Malaysia, 100 ahli UMNO keluar parti dan menyertai PKR di Sungai Batu, Balik Pulau, Pulau Pinang. Cerita itu dihebah dan diheboh sejak beberapa minggu yang lalu. Dengan harapan Wak Subardi mendapat perhatian pemimpin UMNO Bahagian Balik Pulau. Difahamkan Wak Subardi mahu jawatan Pengerusi JKKKP Sungai Batu sedangkan Wak bukanlah Ketua UMNO Cawangan.

Sebenarnya telah dipersetujui bahawa Ketua UMNO Cawangan UMNO secara automatik akan menjadi Pengerusi JKKKP. Oleh kerana Wak bukanlah Ketua Cawangan ertinya tidak perlulah mimpikan jawatan tersebut. Oleh kerana Wak kecewa, dia menggunakan kuasa ugutan sejak dua tiga minggu yang lalu dengan mewar-warkan kira-kira 100 orang akan meninggalkan UMNO.

Di sini sudah jelas bahawa Wak Subardi bukan pemimpin UMNO yang dikehendaki. Wak Subardi lebih pentingkan diri sendiri hanya 'kegilaan' dia kepada jawatan dalam JKKKP. Wak Subardi perlu ingat masih ramai di kalangan ahli UMNO yang sekian lama berjuang dalam UMNO masih belum memegang apa-apa jawatan. Tidak pun rasa kecewa kerana perjuangan dalam UMNO tidak semesti memegang jawatan. Semua orang tahu, Wak Subardi baru setahun jagung jadi ahli UMNO tiba-tiba meminta dan mengugut pula jawatan tertentu. Sepatutnya Wak Subardi perlu bersabar jika benar Wak mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan kira-kira 100 orang ahli UMNO.

Oleh kerana pemimpin UMNO mengenali secara dekat Wak Subardi, maka tindakannya keluar UMNO tidak sedikit pun merugikan UMNO malahan UMNO berasa lebih lega. Perjumpaan petang tadi tidaak lebih 40 orang tetamu dari seluruh bahagian Balik Pulau. Hanya dua ahli UMNO Cawangan Sungai Batu yang disahkan meninggalkan UMNO. Mana lagi 98 ahli UMNO? Difahamkan Wak Subardi akan ditawarkan sebagai Pengerusi JKKKN Sungai Batu oleh kerajaan DAP. Ohhh! Begitu senang Wak Subardi mendapat jawatan dalam kerajaan DAP. UMNO ingin mengucapkan selamat tinggal dan mudah-mudahan Pakatan Rakyat di Sungai Batu bertambah kuat di bawah kepimpinan Wak Subardi.

Menurut Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat, kebangkitan 100 peguam yang mendesak Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong supaya menarik balik kenyataan dikeluarkannya 11 Februari lalu, adalah ‘kena pada masanya’.
 
Selama ini Majlis Peguam begitu angkuh bercakap dan bertindak ikut suka hati mereka. Majlis Peguam jelas menyokong pembangkang. Tidak ragu-ragu lagi, Majlis Peguam tidak bertindak adil. Majlis Peguam kelihatan umpama sebuah parti politik yang bekerja untuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakyat sudah hilang hormat kepada Majlis Peguam kerana pendirian Majlis Peguam yang 'double standard'. Majlis Peguam sudah jauh tersasar. Majlis Peguam sudah seperti parti politik. Majlis Peguam sepatutnya dibubarkan kerana badan itu sudah condong menjadi sebuah pertubuhan politik.

“Kini buku sudah bertemu ruasnya. Majlis Peguam kini ditentang hebat oleh majoriti peguam yang mahukan badan berhenti menyelewengkan fakta yang mengelirukan rakyat.

“Peguam seluruh negara mula bangkit dengan 100 ahli Majlis Peguam hari ni menandatangi petisyen mendesak Presiden Christopher Leong berhenti mengkritik badan kehakiman atau meletak jawatan jika enggan bersifat profesional.

“Sokongan hebat lebih 100 peguam yang digembleng dalam tempoh dua hari sahaja memberi isyarat jelas kepada Presiden Bar Council supaya jangan lagi sewenang-wenangnya memberi kenyataan seolah-olah mewakili seluruh peguam negara ini.

 Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata, Majlis Peguam sepatutnya bertindak 'without fear or favor' iaitu tanpa rasa takut dan pilih kasih, apatah lagi menunjukkan kecenderungan melulu dalam menyokong hanya satu pihak dalam mana-mana perbicaraan.

“Sehubungan dengan ini juga, peguam dari seluruh negara yang ingin menyatakan sokongan terhadap petisyen ini diminta menghubungi Sekretariat SukaGuam melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bagi tindakan selanjutnya.

“ Satu siri jelajah bertemu dgn para peguam serta lulusan undang-undang dari seluruh negara juga akan diadakan untuk mendapatkan maklumbalas lanjut terutama 'cadangan membentuk lebih satu badan guaman seperti yang diamalkan oleh negara-negara lain'.

“Dengan adanya lebih satu badan guaman, para peguam boleh memilih badan guaman yang mereka ingin bernaung sekaligus tidak terikat lagi dengan situasi seperti yang mereka alami ketika ini iaitu terpalit dengan tindakan-tindakan buruk Bar Council yang tidak pernah para peguam persetujui sama sekali,” katanya.

Sebaik-baiknya para peguam yang cintakan keadilan bangkit membuat pembaharuan dan perubahan agar membebaskan diri dengan Majlis Peguam yang sudah jauh tersasar. Berilah sokongan padu kepada Sekretariat SukaGuam.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini menggesa ahli-ahli PAS meninggalkan budaya politik 'rimba' sambil menyindir UMNO-BN sebagai parti politik kuno. Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata bahawa PR menawarkan politik baharu yang lebih inklusif dan merentasi sempadan etnik. Mahfuz Omar juga menyatakan bahawa bangsa Melayu yang dikatakan terpinggir itu adalah angkara pengkhianatan, kebodohan dan penyelewengan amanah yang diberikan rakyat kepada UMNI selama 57 tahun.

Mahfuz..oh Mahfuz! Baru kau sedar bahawa selama ini PAS mengamalkan politik 'rimba'. Bersempena dengan kedatangan tahun baharu 2015, baru kau menyeru seluruh rakyat jelata agar berani membuat anjakan perubahan kepada satu lembaran baharu politik Malaysia tanpa parti politik kuno UMNO-BN.

Sebenarnya Mahfuz, PR dan PAS sendiri masih mengamalkan politik 'rimba'. Tiada prinsip perjuangan yang jelas, ikut suasana dan keperluan politik semasa. Dulu PAS memperjuangkan sebuah negara Islam dan hukum hudud. Di sana sini dan seluruh pelusuk negara di mana-mana sahaja PAS sokong hudud. Tidak disebut pun negara berkebajikan. Kenapa sekarang ini PAS memperjuangkan negara berkebajikan sejak bersekongkol dengan DAP. Hukum hudud juga bukan lagi sebahagian manifesto dalam PR. PAS mengamalkan politik rimba. PAS sanggup menggadaikan maruah parti, maruah agama dan maruah bangsa kerana politik rimba. Mahfuz tegur pemimpin dan ahli-ahli-ahli PAS supaya meninggalkan politik rimba. Pada masa yang sama Mahfuz menghina UMNO-BN sebagai politik kuno.

PAS serba salah. PAS ibaratkan ditelan mati emak dan diluah mati bapa. Pemimpin PAS masih mahu bersekongkol dengan DAP untuk ke Putrajaya. Pemimpin PAS sanggup dikritik dan dhina demi untuk menjaga hubungan baik antara PAS dan PR. Pemimpin PAS sanggup berdiam diri dalam isu kontroversi yang membabitkan kalimah Allah. Malahan ada pemimpin PAS sanggup ke gereja untuk berdialog menyatakan pendirian kesederhanaan mereka.

Majoriti ahli-ahli PAS kecelaruan dengan politik PAS. Rakyat di bawah jadi bingung dengan pendirian pemimpin PAS yang bercanggah sesama sendiri, Rupa-rupanya PAS telah berpecah dek kerana bersekongkol dengan PR. Satu kumpulan mahukan PAS kekal bersama dengan PR walaupun PAS diherdik dan dihina. Satu kumpulan lagi pro ulama yang mahu mengembalikan perjuangan PAS yang asal. PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) pula wujud sebagai NGO kononnya untuk menguatkan PR. PasMA dikatakan tidak akan bertanding dalam PRU yang akan datang. Namun sudah ada pihak mengatakan bahawa PasMA akan meletakkan calonnya dalam PRU yang akan datang. PasMA diketuai dan anggotanya di kalangan pemimpin PAS yang kecewa dengan kemelut yang berlaku dalam parti PAS sendiri.

Semakin lama PAS semakin kelihatan semakin lemah. Baru bercakap Hukum hudud, DAP telah menyerang PAS. PKR tidak menyatakan pendirian tentang hukum hudud. DAP mahu PAS mendapat persetujuan dalam mesyuarat tertinggi PR. Sebaliknya Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan tanpa berbincang dengan PR. Apa PAS boleh buat? Mahfuz Omar semakin bingung. Mahfuz cuba nak tutup kelemahan parti PAS sendiri. Rakyat sudah tahu. Rakyat sudah sedar. Rakyat tidak boleh ditipu lagi. Mahfuz Omar cuba selamatkan PAS dengan meminta PAS meninggalkan politik 'rimba'.

Perjuangan UMNO terus konsisten dan lebih berani dan semakin mantap. Pemimpin UMNO terus bersepakat dalam setiap isu berbangkit. Mereka tidak bertelagah sesama sendiri. Wakil rakyat UMNO lebih kerap menemui rakyat. Rakyat adalah pengundi yang menentukan jatuh dan bangunnya UMNO. Wakil rakyat UMNO tidak mengajak rakyat berdemontrasi di jalanan. Wakil rakyat UMNO turun padang membantu rakyat. DS Najib mahu setiap wakil rakyat UMNO merasai denyutan nadi setiap rakyat. Slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian dutamakan" menjadi pagangan setiap pemimpin UMNO.

Dalam setiap isu agama, UMNO dan NGOs yang selalu ke hadapan. Banyak isu agama dibangkitkan oleh pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat. Tapi kenapa pemimpin utama PAS berdiam membisu malahan ada pula yang menentang arus. Ada pemimpin PAS menyokong gereja menggunakan kalimah Allah. Jika ada hanyalah seorang dua ulama dari Dewan Ulama PAS yang cuba mengekalkan perjuangan asal PAS. Perjuangan sebuah negaran Islam dan hukum hudud, Tapi semua prinsip perjuangan itu dikuburkan oleh kepimpinan PAS hari ini. Negara Berkebajikan telah menggantikan perjuangan negara Islam. Kenapa? Kerana pemimpin PAS nak jaga hati rakan-rakan pemimpin DAP dan PKR. Tapi pemimpin DAP tidak pernah menghormati pendirian baik dan mesra dari pemimpin PAS. Pemimpin DAP terus menjadi sombong dan bongkak, PAS bagaikan melukut di tepi gantang. PAS ibarat lembu dicucuk hidung!

Sebenarnya ahli dan penyokong PAS pada peringkat akar umbi sudah lama sedar mainan politik DAP. Mereka mengakui bahawa PAS semakin lemah dan perjuangan PAS sentiasa dinodai sejak bersama PR. PAS gagal mentarbiah kepimpinan DAP yang didapati semakin sombong. Pemimpin PAS yang mengkritik kerajaan DAP akan dipecat dari jawatan di bawah kuasa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Cakap tak serupa bikin. Di manakah letak amalan demokrasi yang mereka perjuangkan? Realitinya rata-rata orang Melayu Pulau Pinang rasa dipinggirkan secara perlahan-lahan dan halus melalui kuasa yang ada. DAP berkuasa. PAS tiada kuasa. PKR berkongsi kuasa baik dengan DAP. UMNO pula hilang kuasa. PAS yang tiada kuasa sepatutnya bersama UMNO yang hilang kuasa jika mahu syiar Islam dapat diperjuangkan di Pulau Pinang.

Orang Melayu Pulau Pinang amat kecewa dengan kepimpinan PR. Orang Melayu semakin disisih secara zalim dan halus oleh kerajaan DAP yang mendapat sokongan PAS dan PKR. Peniaga-peniaga Melayu dihalau, gerai diroboh tanpa belas kasihan. Azan dilarang, perarakan Maulid Rasul diharamkan, kalimah Allah dibenarkan oleh KM Pulau Pinang...banyak lagi. Mula-mula jadi KM, pemimpin PAS mengisytiharkan Tuan Lim Guan Eng umpama Khalifah Umar Abdul Aziz. Tapi sekarang apa jenis pemerintahannya?

Orang Melayu Pulau Pinang perlu cerdik dalam politik. Kenapa perlu kita orang-orang Melayu berpecah dan menjadi sangat lemah. Yang rugi adalah kita orang-orang Melayu yang beragama Islam. Yang untungnya mereka bukan Islam. Lihatlah di mana-mana kawasan terutama dalam Daerah Barat Daya, rumah berharga ratusan ribu ringgit naik umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Kerajaan DAP dikatakan mesra pemaju. Yang ada, flat-flat kos rendah hasil perjuangan pemimpin UMNO semasa kerajaan BN dahulu. Tapi sekarang sudah masuk dua penggal belum ada sebuah rumah kos rendah dibina oleh kerajaan negeri. Masihkah pemimpin PAS, ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong PAS mahu menyokong kerajaan DAP? Menyokong kerajaan DAP yang terang-terang 'tidak mesra' rakyat Melayu dan agama Islam. Apakah salahnya UMNO hingga parti UMNO dianggap musuh yang haram didekati. Apakah UMNO menentang syiar Islam dan tidak membela nasib orang Melayu?

Marilah kita bersatu. Ketepikan soal perjuangan parti. Lagi pun perjuangan PAS dan UMNO tidak jauh bezanya. Tidak rugi UMNO-PAS bersatu tapi amat malang jika terus bermusuhan kerana kita menentang perintah Allah SWT dalam firmanNya "Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah berpecah belah.." (Surah al-Imran ayat 103). Wallahu alam.

PULAU PINANG 3 Jan. - Badan Perhubungan UMNO negeri kesal dengan sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa hanya memberi bantuan kepada penyokong mereka yang menjadi mangsa ribut di Balik Pulau, di sini baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, sehari selepas kejadian, terdapat wakil kerajaan negeri memberi bantuan wang tunai RM200 kepada kira-kira 200 mangsa 'terpilih' di Masjid Jamek Sungai Rusa sedangkan bilangan penduduk yang terjejas akibat ribut kuat berkenaan lebih 500 orang.

Katanya, tindakan itu me­nunjukkan sikap tidak prihatin kerajaan negeri dan mengabaikan mangsa lain rumah mereka juga rosak akibat bencana tersebut.

“Apabila perkara ini diketahui mangsa lain, mereka akan bertanya dan kita berdepan masalah untuk menjawab. Sikap memberi bantuan secara selektif tidak seharusnya berlaku ke­rana kebajikan semua mangsa harus diambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai rombongan Badan Perhubungan UMNO negeri mengadakan lawatan ke beberapa kampung yang terjejas akibat dilanda ribut Langkisau pada 30 Disember lalu yang merosakkan 549 buah rumah di 17 kampung di situ.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Shaikh.

Terdahulu, Hilmi menerima bantuan wang tunai sebanyak RM25,000 dan RM10,000 masing-masing diserahkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri dan Koperasi Tunas Muda untuk diserahkan kepada mangsa ribut.

Hilmi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, Barisan Nasional (BN) tidak memilih bulu ketika memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam dan mereka yang terjejas akan dibantu.

Menurutnya, selepas tiga hari ribut melanda, sebanyak 70 peratus rumah yang rosak telah dipulihkan dengan peruntukkan lebih RM2.7 juta.

“Bantuan berkenaan juga di­salurkan kepada tujuh keluarga yang dikenal pasti sebagai penyokong pakatan pembangkang dalam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kesal-sikap-dap-pulau-pinang-1.44056#sthash.UKWqYGhi.dpuf

U PINANG 3 Jan. - Badan Perhubungan UMNO negeri kesal dengan sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa hanya memberi bantuan kepada penyokong mereka yang menjadi mangsa ribut di Balik Pulau, di sini baru-baru ini.

Hilmi Yahaya

Penafian

Copyright © 2018 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.