Berita Terkini

Tuan Ibrahim Tuan Man mulai mengkritik pentadbiran DS Najib sejak diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru. Beliau mulai mengambil peranan sebagai orang politik yang cuba mencari laba politik untuk pembangkang. Belaiu diibaratkan sebagai pengganti kepada Mat Sabu yang sudah merajuk keluar dan cuba menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB). 

Tuan Ibrahim Tuan Man dari pro ulamak selaku Timbalan Presiden PAS yang baru menggantikan Mat Sabu. Walaupun Tuan Ibrahim tidak secara terbuka mengatakan beliau akan cuba menggantikan peranan Mat Sabu dalam kepimpinan PAS yang baru ini tetapi umum sudah menyedari cara Tuan Ibrahim Tuan Man sudah mirip Mat Sabu. Bagaimana Mat Sabu lantang mengkritik kerajaan persekutuan Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya pun begitu jua.

Merujuk dalam Harakah Daily, Tuan Ibrahim Tuan Man mulai condong menghentam kerajaan persekutuan secara tidak berhemah. Nampak tidak selari dengan sifat beliau sebagai pemimpin PAS pro ulamak. Kenapa perlu mempertahankan Sarawak Report sedangkan bukti sudah cukup jelas telah melakukan fitnah yang jahat untuk menjatuhkan PM?  Nyata berbeda sekali, perwatakan yang dimainkan oleh beliau tidak selari dengan umum mengetahui bahawa ulamak pewaris nabi. Cakap ulamak adalah cakap nabi, perbuatan ulamak adalah perbuatan nabi. 

Alhamdulillah setakat ini Presiden PAS, YB Tuan Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr Haron Din, kedua-dua pemimpin ini tidak berat sebelah dalam menyampaikan pandangan mereka terhadap isu 1MDB. Sesuai dengan sifat ulamak mereka yang mengeluarkan pandangan secara jujur dan lebih berhati-hati. Tidak cuba menggunakan sesuatu isu untuk keuntungan politik kepartian. Menegakkan keadilan dan kebenaran seperti yang dituntut oleh agama Islam. Tuan Ibrahim Tuan Man sebaik-baiknya mengikut sikap yang lebih berhemah sesuai dengan sifat ulamak seperti mana sikap yang ditunjukkan oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS sekarang.

DAKWAAN terbaharu kononnya Datuk Seri Najib Razak menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi, dianggap sebagai satu lagi pembohongan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjatuhkan kerajaan. Justeru, Perdana Menteri memberi amaran, pihak yang terus menggunakan taktik sedemikian bakal berdepan tindakan undang-undang. Berikut adalah kenyataan penuh Najib yang dikeluarkan malam ini.

1. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai tuduhan - semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut - dilakukan terhadap saya dan keluarga.

 

2. Serangan bermula apabila saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya enggan kerana berasa adalah tidak wajar bagi Malaysia ditadbir secara proksi.

 

3. Tun kemudian mencipta krisis apabila tanpa usul periksa mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan hakikatnya ia adalah hutang yang diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion.

 

4. Dakwaan terbaharu ialah kononnya saya mengambil dana berkaitan kerajaan untuk kepentingan peribadi. Saya percaya Tun berada di belakang pembohongan ini, berganding bahu dengan pihak asing termasuk blog politik Sarawak Report yang semakin diragui kredibilitinya.

 

5. Saya ingin berterus terang: Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi seperti didakwa seteru politik - baik daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti mana disahkan oleh semua syarikat terbabit.

 

6. Jelas sekali, tuduhan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen terancang sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.

 

7. Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang bukti. Apa yang kita dengar hanyalah dakwaan berasaskan kebocoran dokumen dan penyiasat tanpa nama. Tiada sekali pun sumber dokumen ini ditampilkan, manakala dokumen berkenaan juga tidak pernah dikemukakan untuk pengesahan pihak berkuasa.

 

8. Seperti diketahui, beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan kebelakangan ini dilaporkan telah diubah. Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya. Hakikat ini besar kesannya terhadap kesahihan dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk memburuk-burukkan kerajaan serta negara kita.

 

9. Mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia untuk berdepan tindakan berikutan perbuatan mereka. Taktik kotor - termasuk taktik jenayah dalam beberapa keadaan - untuk menumbangkan kerajaan akan gagal. Dalam beberapa keadaan, mereka bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

 

10. Malang sekali serangan palsu bertubi-tubi yang didorong kepentingan peribadi ini berlaku pada ketika Malaysia memiliki pelbagai kelebihan unik - kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan status negara maju yang semakin hampir dicapai. Saya kekal dengan fokus untuk membangunkan negara demi rakyat.

Sumber: Berita Harian Online 4 Julai 2015

UMNO dan PAS berkemungkinan menjalinkan kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang bakal diadakan nanti.

Desas-desus tersebut mula bertiup kencang selepas UMNO Pulau Pinang mengambil pendekatan terbuka sekiranya wujud cadangan terbabit bagi mengambil alih kawasan Permatang Pauh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua UMNO Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya melihat kerjasama di antara kedua-dua parti boleh dipertimbangkan memandangkan PAS mengalami krisis dalam Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu perlaksaan hudud.

Hilmi berkata, UMNO akan mengenetepikan perbezaan politik dengan PAS demi kepentingan masyarakat Islam di sana sekaligus membuka satu lembaran sejarah di Permatang Pauh.
   
"Saya kira satu permulaan baik apabila Umno tidak letak calon bertanding di PRK Dun Cempaka tempoh hari...harap Pas sudi sokong kita di sini dan boleh sama-sama kerja untuk rakyat," katanya dalam satu kenyataan selepas melancarkan Persekitaran Lestari Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang.

Beliau berkata, BN mempunyai peluang cerah untuk mengambil kawasan tersebut sekiranya meletakkan calon yang paling muda walaupun Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR sebelum ini.

Menurut Hilmi, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu sudah membuktikan penduduk disana sudah semakin hilang kepercayaan kepada PKR apabila jumlah majoriti semakin menurun setiap kali pilihan raya diadakan.
   
"Yang penting calon jangan ada masalah, rekod kena bagus kalau ada calon sesuai boleh menang mudah...Insya-ALLAH," katanya lagi.

Semua peringkat kepimpinan Barisan Nasional (BN) telah menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan DS Najib, selaku Presiden BN dan Perdana Menteri. Erti kata lain, semua pemimpin BN akan sentiasa bersama PM baik semasa senang mahupun semasa susah. Pemimpin BN tahu dan sedar bahawa kekalutan yang berlaku akibat mainan media sosial pro pembangkang yang keterlaluan. Media sosial pro pembangkang cuba melaga-lagakan DS Najib dan Tun Dr. Mahathir, mantan PM dan seorang negarawan terbilang.

 

Namun pemimpin BN tidak melatah dan lebih berhati-hati dalam mendepani isu DSN dan Tun Mahathir. Manakala DSN menerima kritikan secara tenang dan sabar walaupun kritikan itu tidak tepat malahan jika dibiarkan boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara. Sebagai seorang Perdana Menteri, beliau dapat mengawal perasaan amarahnya, tidak emosional sebaliknya beliau tabah menghadapi pelbagai dugaan. Bermula dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370, nahas penerbangan MH17 ditembak, kejatuhan harga minyak dan RM, kejadian banjir besar di negeri pantai timur, pemergian setiausaha sulitnya, Datuk Mohd Po'ad dan nahas helikopter terhempas mengorbankan Tan Sri Jamluddin Jarjis antara cabaran kepada DS Najib dan juga negara.

 

Sepatutnya kita rasa berbangga mempunyai seorang PM yang amat kental dan gigih menghadapi cabaran. Beliau dengan tegas akan terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai PM sepertimana perdana menteri sebelumnya. Katanya lagi beliau tidak akan mengundur diri kerana seseorang. Masa yang akan menentukan. Semua persoalan dan isu akan terjawab. Jangan pula ada pemimpin UMNO sendiri yang mengeruhkan keadaan dengan 'tikam dari belakang'. Dan begitu juga jangan kita suka menuding jari kepada orang lain kerana kita pun belum tentu boleh melakukannya.

Persidangan serentak Persidangan Agung Cawangan, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Cawangan-Cawangan tahun 2015 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 

    Tarikh:     13 Mac 2015 / 22 Jamadil Awal 1436H

    Hari:         Jumaat

    Masa:       8.00 malam

    Tempat:     Dewan Besar SMK Pondok Upeh, Balik Pulau, P. Pinang.

 

Oleh itu Yang Berhormat / Yang Berbahagia Tuan/Puan dan semua yang terlibat dalam JK UMNO Bahagian Balik Pulau, JK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Balik Pulau, JK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, JK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Balik Pulau, semua Ketua / Setiausaha / Bendahari UMNO Cawangan dalam Bahagian Balik Pulau, semua Ketua-Ketua Sayap Cawangan UMNO Bahagian Balik Pulau dan seterusnya Pengerusi / Setiausaha / Bendahari Veteran UMNO Bahagian Balik Pulau dijemput hadir di majlis perasmian tersebut di atas.

 

Digalakkan semua memakai pakaian resmi UMNO manakala wanita, pemud dan puteri memakai pakaian resmi pergerakan masing-masing.

 

YB Dato' Seri Dr. Hj. Hilmi Hj. Yahaya, Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau akan memberi ucapan dan merasmikan persidangan serentk tersebut.

Kehadiran Yang Berhormat / Yang Berbahagia Tuan / Puan amat dihargai demi perjuangan parti untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.

Penafian

Copyright © 2018 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.