Berita Terkini

 

BERITA UTAMA/SEMASA BERKAITAN PM DENGAN RM 2.6 BILLION MELALUI AKHBAR/ PORTAL ONLINE HARI INI:

 

UTUSAN ONLINE:            http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perdana-menteri-tidak-bersalah-1.183965 
                                              [ PM tidak bersalah]

 

BERITA HARIAN:              http://www.bharian.com.my/node/118360 

                                              [Jangan persoalan dapatan bukti Peguam Negara - TPM]

 

SINAR ONLINE                 TIdak ada berita mengenainya

 

STAR ONLINE:                 http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/01/27/rm2_08bil-from-saudi-royals-reports-bbc/  
                                             [RM2.08bil from Saudi royals, reports BBC]

 

NEW STRAITS TIMES:     http://www.nst.com.my/news/2016/01/124162/najib-welcomes-ags-statement-donation-src-international-cases
                                              [Najib welcomes AG's statement on donation, SRC International cases]



KOSMO ONLINE:            http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
                                           [Tiada sebarang kesalahan jenayah]

 

 

 

Sebahagian nelayan membantah cadangan projek tebus guna tanah di sekitar Permatang Damar Laut ketika hadir sesi taklimat di Bayan Lepas, Pulau Pinang

 

Sesi taklimat penerangan Pelan Induk Pengangkutan negeri dan cadangan projek tebus guna tanah membabitkan kawasan laut di sekitar Permatang Damar Laut yang diadakan di Dewan Mutiara Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas di sini, bertukar gamat apabila hampir 500 nelayan bangkit membantah.

 

Malah kehadiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan beberapa Exco kerajaan negeri ketika sesi taklimat itu dilihat gagal mendapat sokongan apabila cadangan tebus guna tanah membabitkan projek tersebut langsung tidak di­terima nelayan yang hadir. Rata-rata nelayan terbabit dengan tegas mahukan projek berkenaan dibatalkan dan kawasan laut yang menjadi lubuk rezeki mereka tidak diganggu dengan sebarang projek pembangunan yang akhir­nya merugikan mereka.

 

Selain itu, tawaran pampasan sewajarnya yang dijanjikan Guan Eng ketika berucap dalam sesi taklimat terbabit juga tidak dipedulikan para nelayan terlibat yang tetap menolak projek tebus guba tanah tersebut.

Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang Selatan, Arshad Omar menegaskan, nelayan berkenaan sama sekali tidak menolak pembangunan tetapi projek yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri itu hanya akan memberikan kesan terhadap kehidupan mereka.

Tegas beliau, kawasan tebus guna tanah laut yang dirancang kerajaan negeri itu adalah lubuk emas nelayan khususnya untuk mendapatkan hasil laut udang.

“Kawasan yang hendak digunakan itu adalah kawasan yang paling banyak hasil udang memandangkan keadaan permukaan tanah lautnya yang cantik, tenang dan tidak berombak.

“Bagaimana kami boleh terima sekiranya lubuk udang yang terletak tiga batu dari kawasan pantai ini akan menjadi korban apabila kerajaan negeri mahu membangunkan projek tebus guna tanah di setikar kawasan berkenaan. Apa akan jadi dengan periuk nasi kami nanti?,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat berkenaan.

 

Terdahulu dalam ucapannya ketika sesi taklimat terbabit, Guan Eng mengakui, projek tebus guna tanah itu bakal memberi kesan kepada hasil tangkapan nelayan tradisi tetapi kerajaan negeri akan berusaha memastikan pampasan sewajarnya diberikan kepada semua nelayan terlibat. Arshad dalam pada itu mendesak kerajaan negeri tidak menjadikan nelayan di negeri ini sebagai korban melalui cadangan projek tambakan laut itu yang akan membentuk tiga pulau buatan.

 

Menurut beliau, ketiga-tiga pulau itu iaitu berkeluasan 809 hektar, 526 hektar, dan 324 hektar dibimbangi tidak akan memberi apa-apa keuntungan kepada golongan nelayan yang selepas ini bakal hilang punca pendapatan.

Sumber: Utusan Online

KOTA BHARU - Dakwaan pelbagai pihak mengatakan Umno terdesak untuk bekerjasama dalam politik dengan Pas adalah tidak tepat, malah Umno menang PRU13 sebelum ini dengan kekuatannya sendiri.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN),  Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, Pas sebenarnya kini berdepan keadaan bersimpang siur apabila terpaksa mencari kawan untuk menang kali ini dan hanya Umno sahaja yang boleh menyelamatkan Pas daripada kembali ke zaman pra-Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“DAP telah membuli Pas dan tiada reaksi apa-apa daripada Pas. Di Selangor, Pas masih lagi bergantung di tepi kain PKR dan DAP. Perlanjutan masa depan Pas jelas bergantung pada Umno.

“Cuma Pas sekarang ini malu dan segan untuk terlibat dalam kerangka kerajaan perpaduan. Maka terpulang kepada kebijaksanaan Umno untuk mencari ruang yang menang-menang tanpa menjatuhkan maruah Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun MCA dikatakan tidak membenarkan Pas menyertai Umno jika melaksanakan hudud, MCA sebenarnya didakwa seperti naga tidak bertaring dan tidak berkuku yang hanya bercakap besar walaupun berdepan cabaran untuk memenangi kembali pengundi kaum Cina.

Ditanya, adakah Pas boleh melupakan seketika janji pelaksanaan hudud di Kelantan, semata-mata untuk meluaskan kuasa pentadbiran bersama Umno selepas ini, Dr Shamsul Amri berkata, sebenarnya ia bukan lagi isu kerana Adun Umno sendiri telah menyokong keputusan melaksanakan hudud di Kelantan sebelum ini.

Maka katanya, yang perlu dirundingkan ialah cara proses pelaksanaan hudud itu dilakukan, bukanlah sekali gus tetapi berperingkat.

“Ini mengambil masa yang agak panjang. Mungkin lima tahun atau lebih, itu pun kalau Pas masih memerintah Kelantan dan bukan Umno. Mengapa lambat proses pelaksanaan kerana ia memerlukan sumber manusia, latihan dan dana untuk menjayakannya, bukan tiba-tiba boleh dilaksanakan.

“Malah jika bekerjasama dengan Umno, Pas mempunyai banyak peluang untuk terus berkuasa kerana Pas sekarang dalam keadaan lemah dari segi politik dan ekonomi. Kekuatan Pas dulu datang daripada kelompok penyokong Anwar Ibrahim yang masuk Pas.

"Sekarang kumpulan ini telah keluar dan buka sebuah warung politik baharu, namanya Parti Amanah Negara. Datang PRU14, warung ini mungkin terus ditutup kerana tiada pelanggan,” katanya.


Sumber: Sinar Online 17 Dis 2015

 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual bersama Presiden PAS merangkap Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Kuala Lumpur

Gambar: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual bersama Presiden PAS merangkap Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia,

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Kuala Lumpur.

Keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjalinkan hubungan baik dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak adalah dengan restu daripada kepimpinan PAS Pusat. Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata hubungan yang baik itu bukan dilaksanakan secara bersendirian oleh Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

 

Beliau berkata, semua kepimpinan PAS bersetuju hubungan baik diadakan dan bekerjasama dengan UMNO khusus dalam perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan rakyat. "(Abdul Hadi) berbaik dengan UMNO dan menjalinkan hubungan baik dengan Najib, semua pihak dalam PAS setuju bagi perkara yang menyentuh kepentingan Islam dan rakyat. "Perkara ini dibincang di peringkat PAS Pusat dan dalam lajnah politik (PAS) dan berbaik dengan UMNO ini bukan keputusan Presiden seorang, ia adalah keputusan parti. "Kita (boleh bekerjasama) bukan setakat dengan UMNO, dengan sesiapa pun boleh untuk kepentingan Islam dan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat ECXO di Kota Darulnaim.

 

Beliau mengulas hubungan baik antara Abdul Hadi dan Najib sejak kebelakangan ini dan ia semakin ketara selepas Najib merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al- Azhar Malaysia yang turut dihadiri Hadi yang memberi ucaptama pada multaqa itu. Abdul Hadi juga dalam ucaptama pada multaqa itu menegaskan umat Islam di negara ini wajar mengetepikan perbezaan fahaman politik dan mengukuhkan perpaduan jika tidak mahu melihat suasana kucar kacir seperti di Asia Barat. Berikutan itu juga Najib turut menghulurkan salam silaturahim dan mengajak PAS untuk sama membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya.

Sumber: Berita Harian Online

PULAU PINANG 13 Dis. - “Jangan gugat lubuk rezeki kami.” Itulah suara hati hampir 800 nelayan sekitar Bayan Lepas di sini yang kecewa terhadap ‘jiwa besar’ kerajaan DAP negeri membangunkan projek tebus guna tanah laut membabitkan kawasan pantai dari Permatang Damar Laut sehingga ke Teluk Bahang di sini.

Bagi meluahkan suara hati dan membantah projek bernilai berbilion ringgit itu, rata-rata nelayan yang menjangkau usia emas terbabit hari ini berkumpul di Jeti Nelayan Sungai Batu mengadakan bantahan aman untuk mendesak kerja-kerja tambak laut di kawasan mereka dihentikan.

Malah, melalui bantahan aman berkenaan para nelayan yang bernaung di bawah Persatuan Nelayan Pulau Pinang Selatan itu turut menggerakkan usaha mengumpul tantangan nelayan-nelayan terlibat sebelum satu memorandum bantahan dihantar ke pihak kerajaan DAP negeri dalam masa terdekat.

Tegas nelayan terlibat, projek menambak laut berkenaan hanya akan menggugat lubuk rezeki mereka memandangkan kawasan-kawasan pembiakan hasil laut terutama ikan dan udang di kawasan berkenaan akan terjejas.

Seorang nelayan, Choo Sooi Kong, 70 berkata, kawasan laut di sekitar Bayan Lepas sehingga ke Balik Pulau merupakan lubuk pelbagai jenis ikan dan udang yang menjadi sumber pendapatan para nelayan pantai sepertinya.

“Andai kerja-kerja menambak laut ini diteruskan sudah pasti punca pendapatan kami akan terjejas dan apakah kerajaan negeri tidak memikirkan nasib kami yang terkesan dengan projek ini kelak?

“Ke mana kami hendak pergi kalau satu-satunya punca rezeki selama ini hilang dan janganlah menuang pasir ke dalam periuk nasi kami?

“Sebagai nelayan pantai, selama ini kami terpaksa bersabung nyawa ke tengah laut mencari rezeki yang adakalanya tidak menentu, jadi janganlah diganggu lubuk rezeki kami ini,” katanya yang telah lebih 50 tahun menjadi nelayan ketika ditemui pemberita di Jeti Sungai Batu di sini, hari ini.

Selain itu , bagi nelayan, Nazri Ahmad, 50, berkata, para nelayan tidak pernah sama sekali menghalang kepada projek-projek pembangunan, namun setiap rancangan pembangunan itu perlulah mengambil kira kelangsungan hidup mereka.

“Apa kerajaan negeri boleh memberi jaminan bahawa ikan dan hasil laut di kawasan ini tidak akan terjejas dan para nelayan boleh terus bergantung hidup dengan laut selepas ini?

“Jangan beritahu yang kami akan diberi penempatan baharu atau apa-apa pampasan yang selama ini menjadi amalan kerajaan negeri, bagi saya ibarat merasuah rakyat sedangkan projek tambak laut ini tidak sedikit pun menguntungkan kami para nelayan.

“Tiada guna pampasan dan penempatan baharu diberi sekiranya punca rezeki kami hilang dan sebab itu kami mempertahankan kawasan laut ini demi kelangsungan hidup sendiri yang telah sebati dengan laut,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang Selatan, Arshad Omar berkata, tiada sebarang pemberitahuan atau perbincangan diadakan oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri sendiri berhubung projek tebus guna tanah melibatkan kawasan-kawasan pantai terbabit bersama pihaknya setakat ini.

Ujarnya, maklumat berkenaan projek itu hanya diketahui pihaknya menerusi laporan-laporan berita disiarkan berhubung kerja-kerja tambak laut di kawasan terlibat setelah dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

“Kerajaan negeri sepatutnya berbincang dengan kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan kerana projek ini membabitkan kelangsungan dan kebajikan para nelayan terlibat.

“Mengapa hanya mementingkan pemaju yang selepas siapnya projek ini mampu mengaut keuntungan berjuta ringgit tetapi kesengsaraan hidup ribuan nelayan yang akan terjejas tidak diambil kira.

“Banyak lagi tanah dan kawasan lain yang boleh dimajukan, jadi janganlah mengorbankan kawasan laut sehingga menjejaskan kehidupan nelayan pantai,” katanya.

 

Sumber: Utusan Online 14/12/2015

Penafian

Copyright © 2018 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.