Orang politik tidak kira mana-mana parti hampir sama. Dasar perjuangan parti sahaja yang berbeda. Bila jadi ahli politik sikap kena berubah. Mungkin tidak semua orang politik begitu. Ada yang cerita nak jadi orang politik kena pandai berlakon. Artis yang pandai menjiwai watak biasanya mempunyai peminat yang ramai. Ada orang cerita nak jadi orang politik kena banyak wang. Politik air liur tidak laku. Calon Ketua Bahagian yang dikenali ramai dalam masyarakat tapi dalam politik kepartian kalah tersungkur kerana tidak ada wang. Ini cerita orang di negeri lain. Cerita-cerita politik di kalangan orang awam. 

 

Harap-harap cerita ini tidak betul di sini. Harap-harap cerita ini sudah tidak berlaku lagi di mana-mana pun. Politik wang perlu dibenteras hingga ke akar umbi. Maruah dan harga diri pemimpin perlu diperlihara. Ahli UMNO lebih bermaruah jika tidak mudah disogok dengan wang. Parti akan selamat jika semua ahli UMNO menjaga maruah.

 

Ahli-ahli UMNO perlu terdidik dengan semangat kerja sukarela. Berjuang kerana agama, bangsa dan negara. Kembalikan zaman kegemilangan pahlawan Melayu zaman dahulu. Perjuangan menuntut kemerdekaan dengan penuh kejujuran dan pengorbanan. Kembalikan kegemilangan itu kepada pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

 

Pemimpin gunakan wang untuk kepentingan politik peribadi perlu ditolak. Budaya politik wang perlu dibersihkan. Generasi pemuda dan puteri akan jadi ikutan. Bila politik wang semakin menjadi-jadi dan tidak boleh dikawal parti akan lemah dan akhir parti akan kalah. Kenapa? Kejatuhan Presiden Marcos dari tampok pemerintahannya di Filipina dikatakan akibat politik wang yang tidak dapat dibendung lagi. Pemimpin yang naik kerana politik wang amat merbahaya kepada semua.

 

Presiden UMNO sejak Tun Mahathir sentiasa mengingatkan para perwakilan dalam persidangan agong UMNO tentang bahayanya politik wang. DS Najib telah mengubah format pemilihan AMT supaya mengurangkan politik wang dan pemilihan lebih demokratik. Usaha membenteras politik wang tidak akan berjaya jika rasuah politik tidak disokong oleh ahli UMNO akar umbi. Untuk memastikan budaya politik wang dalam parti dimuktamatkan, setiap ahli UMNO perlu mempunyai hasrat yang kuat untuk menolak pemimpin yang menggunakan politik wang. Pemimpin bermaruah adalah pemimpin yang menolak rasuah dan pemimpin terbilang adalah pemimpin yang menolak politik wang!

Penafian

Copyright © 2017 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.