Pemimpin kepada rakyat bukan mudah. Ingatlah rakyat umum dalamnya adanya tok guru, ada tok imam, ada tok penghulu, ada doktor, ada jurutera, ada usahawan, ada dermawan, ada hartawan, ada wartawan, ada nelayan, ada kawan, dan ada lawan.

Mereka adalah pengundi yang bijak berfikir dan tahu memilih. Pengundi hari ini mendapat pendedahan dari pelbagai sumber. Maklumat baik dan tidak baik begitu cepat tersebar. Fitnah dan tohmahan menjadi lumrah kehidupan orang berpolitik. Dapatkah pemimpin yang ego, pemimpin yang sombong, pemimpin yang jauh dalam masyarakat bawah boleh berdiri sebagai pemimpin yang dihormati dan disegani? Tepuk dada tanya minda!

 

Jika ada masa lakukan perubahan. Masa tidak menunggu kita. Perubahan minda dan sikap perlu dan segera. Bukan senang menjadi pemimpin. Bukan mudah menjadi calon. Senarai calon mungkin boleh turun dari atas sana. Tapi yang hendak mengundi bukan di sana. Rakyat umum di sekitar kita yang akan menentukannya. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran.

Dekatilah rakyat. Turun padang selalu. Kalau jadi orang politik jadilah orang politik berakhlak dan beragama. Masjid dan surau sentiasa dikunjungi. Biar keikhlasan dan kejujuran tampak diwajah berseri-seri. Insha Allah wajah pemimpin akan senntiasa di hati rakyat. Rakyat akan ingat kepada pemimpin jika pemimpin selalu ingat kepada mereka. 

 

Pemimpin kena banyak bersabar. Karenah rakyat pelbagai.Jagalah hati rakyat sebaik yang mungkin. Berbicara sederhana jangan keterlaluan. Janji mesti ditunaikan. Jangan suka tabur janji. Rakyat akan ingat sampai bila-bila janji-janji itu. Perlu waspada jangan tabur janji sesuka hati. Rakyat kecik hati. Undi tidak diberi lagi. Akhirnya kita yang rugi. Bangsa kita yang rugi dan agama kita juga yang rugi. Siapa yang nak bela ini semua jika kuasa terlepas di tangan orang yang lain.   

Penafian

Copyright © 2017 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.