UMNO memang kuat. Di sana sini pemimpin UMNO menyatakan sokongan padu tanpa berbelah bahagi kepada kepimpinan DS Najib. Tumbangnya Presiden UMNO maka tergugatlah UMNO. Sekali gus kerajaan persekutuan menjadi lemah. Kematangan kepimpinan UMNO terserlah di sini. Tiada yang melatah, jika ada pun hanya segelintir sahaja.

Namun begitu apakah kekuatan itu mencerminkan UMNO itu kuat hingga  ke akar umbi? Jawapannya mungkin ya atau sebaliknya, tidak. Apakah UMNO didapati kuat di peringkat bahagian dan juga cawangan? Dan adakah UMNO mempunyai sayap-sayapnya wanita, pemuda dan puteri yang kuat? Apakah bentuk atau rupa kekuatan yang telah ditunjukkan oleh UMNO dan sayap-sayapnya sejak persidangan agungnya yang lalu? Persidangan agung telah berlalu. Selaku ahli UMNO dapatkah kita merasakan suatu kebangkitan baru telah berlaku dalam UMNO? Atau sebaliknya kita merasakan tidak apa yang baru? UMNO masih seperti dahulu. Tiada perubahan yang besar berlaku. Mungkin jumlah ahli UMNO sedikit bertambah. Apa cerita?

 

Penafian

Copyright © 2017 BP. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.